Wednesday, June 2, 2010

Sejenak Di Kebun Pak Kholil

Kebun pisang
Bunga raya pink
Pokok misai kucing

Nothing Gold Can Stay

Nature's first green is gold,
Her hardest hue to hold;
Her early leaf's a flower,
But only so an hour.

Then the leaf subsides to leaf,
So Eden sank to grief;
So dawn goes down to day,
Nothing gold can stay.
(R Frost)

Tiga gambar diambil di kebun Pak Kolil yang terletak di tepi Sungai Kampar. Tempat yang menjadi idaman ramai orang kerana tanah yang subur dan tanaman yang menghijau serta ada sungai mengalir di tepinya.

Pagi itu kami lihat pintu pagar kebun tersebut terbuka luas menandakan tuannya ada di dalam. Jalan masuk sebelum sampai ke tepi sungai melalui kebun pisang yang dijaga rapi. Ada pokok bunga raya merah dan pink yang ditanam secara berselang-seli dengan pokok puding.

Ada juga pokok cili padi dan limau nipis, sirih dan bunga kantan di antara rumpun pisang. Misai kucing pula ditanam di sebelah pondok kecil yang dilindungi pokok ceri hutan. Herba misai kucing memang terkenal kerana nilai perubatan untuk mengawal penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ketika kami sampai ada beberapa orang pemuda sedang duduk berbincang di bawah pokok ceri itu. Oleh kerana K telah beberapa kali berkunjung ke tempat itu dan kenal Pak Kolil, dia bertanya kepada pemuda-pemuda tersebut: Mana Bapak?

0 comments:

Post a Comment