Monday, June 14, 2010

Addendum Rumah Mak

1. Rumah Mak
2. Pergola Wak Denan

Gambar 1: Rumah mak diambil pada bulan Jun 2010. Cat rumah warna terang bukan fenomena baru di Jalan Sukun. Tiga tahun lalu Pak Kassim yang rumahnya selang tiga buah dengan rumah mak mengecat rumah dengan warna kuning pekat dan merah saga.

Bila aku balik berhari raya ketika tu (abah masih hidup), dia berkata sambil tersenyum: macam Court Mammoth. Selepas raya abah baiki rumah dengan membina semula bahagian dapur dan beranda. Sebelum dia meninggal rumah dan pagar telah siap dicat dengan warna yang ada sekarang iaitu hijau-biru dan pagar kuning-oren.

Tak taulah apa kata jiran tetapi pada masa yang sama mereka juga membina semula rumah mereka. Wak Salbani yang tinggal di hadapan rumah mengecat dinding rumahnya dengan warna purple berserta putih dan Wak Jemain dengan warna kuning kombinasi oren.

Gambar 2. Rumah Wak Denan dari halaman rumah mak. Rumahnya di seberang jalan dan terletak di tanah yang tinggi sedikit. Pondok yang kelihatan di penjuru pagar itu adalah pergola di hadapan rumah tersebut. Aku rasa pergola Wak Denan cukup istimewa dengan bumbung berlapis, di tutupi dengan tumbuhan menjalar dan di cat warna peach-kuning air.

Rumah yang sekerat batu dan sekerat papan telah dicat warna hijau pucuk pisang. Bila aku balik baru-baru ini rupa-rupanya Ma Cik Bedah di sebelah rumah juga sedang membaiki rumahnya dan aku tunggu warna cat yang dipilihnya.

0 comments:

Post a Comment