Barangsiapa yang ingin meletakkan dirinya di jalan Allah dan RasulNya maka dia memerlukan ilmu yang mendalam tentang apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Dan yang paling penting dia mesti yakin sepenuhnya terhadap petunjuk tersebut.
Petunjuk inilah satu-satunya jalan hidup yang diambil dan diamalkannya. Dalam hal ini dia mesti bersabar ketika menghadapi setiap keadaan kerana ramai orang akan memusuhi dan mencelanya.
Hatinya mesti berpegang teguh kepada firman Allah swt yang bermaksud, "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sempat sampai ke tempat yang dimaksud), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An Nisa': 100)
Adapun keyakinan dan kesabaran tidak akan menjadi sempurna melainkan adanya rasa cinta yang kuat terhadap Allah swt dan akhirat. Ini bermaksud bahawa apa yang dijanjikan di akhirat lebih dicintai daripada kesenangan dunia dan Allah serta RasulNya lebih dicintai dari segala-galanya.
0 comments:
Post a Comment