Di kampung selalu ada tapai ubi kerana bahan mentah memang banyak, buat tak berapa susah dan tak payah keluar belanja mahal. Tapai ubi ada yang warna putih atau kuning bergantung pada ubi yang digunakan. Mula-mula kopek kulit ubi, kikis bahagian luar isi ubi dan rebus tanpa garam.
Bahagian luar dikikis untuk elakkan tapai berlendir. Kemudian rebus ubi, jangan sampai terlalu empuk atau tapai jadi benyek. Toskan air, sejukkan ubi dan tabur ragi yang sudah di jemur dan di hancurkan menggunakan pengayak tepung. Buat selapis, selapis dan masukkan ubi dalam periuk besar yang dialas dengan daun pisang.
Tutup ubi dengan daun pisang, letak tutup periuk dan bungkus dengan dua lapis kain bersih. Ikat. Letak bawah katil dan dalam masa dua hari dua malam tapai bolehlah dimakan. Tapi aku lebih suka tapai yang belum berair (dua hari satu malam) kerana rasanya tak terlalu manis dan tak sabar nak tunggu lama-lama. Isi ubi jadi gebu dan di luarnya berbulu sebab ada kulat.
Nenek tidak buat bungkusan kecil dalam daun pisang sebab nak cepat siap. Bila bagi tapai pada jiran atau saudara mara hanya guna mangkuk saja. Masa buat tapai kena ikut beberapa petua, iaitu peralatan dan tangan mesti di basuh bersih dan jangan banyak bercakap.
Kalau nenek buat tapai pintu di antara dapur dengan tengah rumah ditutup. No entry. Bila dah besar sikit baru aku boleh duduk perhati. Ada juga sesekali tapai tak menjadi, rasa masam dan warna kemerahan.
Nenek kata sebab ragi tak elok tapi ada juga orang kata tanda hati tak ikhlas semasa kerja menapai.

0 comments:
Post a Comment