1. Anas bin Malik ra dan Abu Hurairah ra berkata bahwa Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Bila berselera maka baginda memakannya dan jika tidak akan meninggalkannya. (Muttafaqun 'alaihi)
2. Ibnu Abas ra berkata bahawa Rasulullah pernah berkeadaan lapar untuk beberapa malam dan keluarga baginda tiada makanan untuk makan malam, sedangkan kebanyakan roti mereka adalah dari gandum. (Hadis hasan, sahih)
3. Jabir ra berkata bahawa Rasulullah saw membeli unta darinya maka baginda menimbangkan harganya dan melebihkannya. (HR Bukhari, Muslim)
4. Jabir ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Allah merahmati orang yang ringan jika menjual atau membeli dan jika menagih hutang. (HR Bukhari)
0 comments:
Post a Comment