Orkid Cattleya
Dua gambar orkid diambil dari pondok orkidku. Gambar atas: Aku beli pokok cattleya ni dua tahun lepas, dapatlah tengok ia bunga tiga kali di bawah jagaanku. Walaupun lama tunggu dan bunganya tahan hanya 2 minggu tetapi sangat berbaloi. Namanya samaada C. Hatyai Gold atau Yellow.
Gambar bawah: Pokok dibeli tahun lepas dari keratan yang mengandungi 3 pseudobulb dan terus tanam pada media arang. Harga keratan cuma RM 8.00 sahaja. Aku beli empat keratan untuk bunga yang berbeza dan bernasib baik kerana dua lagi sudah keluarkan kuntum.
Untuk orkid cattleya, yang paling baik ialah membeli pokok orkid yang sudah establish dan berbunga. Tapi harga mungkin 8-10 kali ganda dari beli keratan. Kalau membeli keratan cari yang ada 3 atau lebih pseudobulb, salah satu pseudobulb ada bekas tangkai bunga, ini confirm ia dah pernah berbunga.
Juga yang ada tunas baru, pseudobulb tak kering atau kecut dan harga tidak lebih dari dari RM 10 untuk cattleya biasa.

0 comments:
Post a Comment