Thursday, August 11, 2011

Tawakkal kepada Allah

Allah swt berfirman yang bermaksud, "Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Ath Thalaq: 3).

Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa tawakkal adalah penyandarkan hati hanya kepada wakil (yang ditawakali ) semata-mata. Al Qari berkata: Hendaklah kamu benar-benar yakin bahawa tidak ada yang berkuasa dalam alam ini kecuali Allah swt dan percaya bahawa setiap yang ada samada makhluk, rezeki, pemberian atau larangan, bahaya atau musibah, kemiskinan atau kekayaan, sakit atau sihat, hidup atau mati dan segala hal semuanya itu dari Allah swt.

Imam Ahmad berkata: Dalam hadis tentang tawakkal manusia turut dituntut agar berusaha. Ini kerana pertolongan dari Allah Yang Maha Kuat hanya dijanjikan kepada orang yang bertawakkal dan berusaha.

0 comments:

Post a Comment