Thursday, August 11, 2011

Elok Tanam Pokok Puding

Croton 'Banana'
Croton variegatum
pictum

Croton reidii
Croton "Gold dust'
Croton 'Gold finger'

Pokok puding atau Croton mudah tumbuh dan pokoknya cantik jika dibiarkan rimbun. Daunnya yang bermacam bentuk dan warna berjaya menarik perhatian. Ia senang tumbuh dari keratan batang apalagi jika hujungnya yang dicucuk ke tanah disapu sedikit 'rooting hormone'. Dalam tiga minggu dah kelihatan tunas baru. Orang kata daun pokok puding semakin cerah warnanya jika ia mendapat banyak cahaya matahari.

Mungkin ada berpuluh jenis puding yang kebanyakannya ditanam sebagai pokok hiasan. Namun ada sejenis puding yang daunnya berwarna hijau tua dan berbetuk mangkuk yang boleh dimakan. Kata emak, kawannya mengambil pucuk puding jenis ini untuk dimasak dengan ikan. Rasanya sedap, tapi jarang orang mengetahui resepi ini. Mungkin boleh termasuk dalam kategori masakan pelik tapi benar.

Satu lagi keunikan pokok ini ialah pucuk sepanjang 4 sm (ada beberapa helai daun muda) boleh dicabut dari batangnya. Sedikit batang tengah yang keras akan tertinggal. Selalunya aku akan mencabut beberapa pucuk dari pokok-pokok yang mempunyai bentuk dan warna daun berlainan. Kemudian pucuk-pucuk ini dipasang silang antara satu sama lain. Jadi satu pokok puding mendapat beberapa jenis daun.

Selain pokok kemboja biasanya kawasan kubur lama banyak ditanam pokok puding. Selalunya kawasan perkuburan ini letaknya bersebelahan masjid. Ketika orang yang berziarah ke kubur datang dan pergi tapi masih ada tumbuhan-tumbuhan yang menyeri tempat sunyi ini. Hati berdetik dan berbisik, seribu rahmat bagi penunggu setia yang sentiasa berzikir untuk seseorang dulunya bernama manusia.

1 comments:

Jiwa Tani said...

salam...
baru saya tahu nama nama pokok pudding di sini...tq sudi kongsikan

Post a Comment