Bunga tanjung
Banyak di hujung dahan
Buah muda
Ada yang mula masak
Sudah cukup matang
Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa
Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Dua jenis bunga yang mengeluarkan bau harum semerbak di jalan menghala ke surau ialah bunga tanjung dan bunga putih seakan jasmin. Ketika menanam kedua-dua pokok tersebut Kak Pah berniat dia nak sedekah bau terutama kepada orang yang berjalan kaki ke surau. Tapi baru-baru ini pokok bunga tanjungnya telah diprun kerana terlalu rendang dan semakin tinggi hingga mengganggu wayar letrik dan telefon. Pokok jasmin hanya dua meter tinggi tapi bukan jenis tempatan kerana ia diseludup oleh abang Kak Pah dari Australia. Selepas hujan memang banyak bunga tanjung gugur dan sekali sekala ada yang memungut atau memetik beberapa kuntum dalam perjalanan pergi atau pulang dari surau.
Bunga Tanjung
Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa
Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongmu bungamu menari
Melengang-lenggok di hujung dahan
Melengang-lenggok di hujung dahan
Dua jenis bunga yang mengeluarkan bau harum semerbak di jalan menghala ke surau ialah bunga tanjung dan bunga putih seakan jasmin. Ketika menanam kedua-dua pokok tersebut Kak Pah berniat dia nak sedekah bau terutama kepada orang yang berjalan kaki ke surau. Tapi baru-baru ini pokok bunga tanjungnya telah diprun kerana terlalu rendang dan semakin tinggi hingga mengganggu wayar letrik dan telefon. Pokok jasmin hanya dua meter tinggi tapi bukan jenis tempatan kerana ia diseludup oleh abang Kak Pah dari Australia. Selepas hujan memang banyak bunga tanjung gugur dan sekali sekala ada yang memungut atau memetik beberapa kuntum dalam perjalanan pergi atau pulang dari surau.
Di zaman kanak-kanak dulu kami memanjat pokok bunga tanjung untuk memetik buahnya yang telah ranum. Di bawah kulitnya yang berwarna merah-oren ada selapis isi nipis yang manis ketika dimakan. Oh......baru teringat ada sejenis kuih dari negeri Kelantan yang bernama buah tanjung. Berbentuk lonjong berwarna kuning emas dan rasanya.....of course manis. Ada lagi yang berkaitan dengan bunga tanjung ni. Dulu-dulu nenek moyang tidak pakai subang manik labuh ke bahu tapi subang emas bertatah berlian bentuk bunga tanjung. Subang ni sebesar siling lima sen dan jenis melekap ke telinga. Untuk menyerlahkan kilauan batunya sekeping kain kecil dari baldu hitam dilapik antara subang dengan telinga. Ketika itu kebanyakan wanita mengenakan selendang kasa yang jarang sementara para ustazah bertudung segi tiga yang diikat di bawah dagu. Mereka melaram dengan subang dan sanggul, baju kebaya atau kurung kasa dengan kain batik jawa.
Bila mendengar lagu bunga tanjung yang mendayu-dayu cepat saja teringat nasib semua bunga. Ketika cantik ramai yang memuji tetapi bila sudah layu tiada siapa yang peduli. Namuna bunga tanjung boleh dianggap bertuah kerana ia dihargai walau sudah gugur ke bumi. Ada juga orang yang pungut dan karang kuntum-kuntum bunganya dan letakkan di sanggul, di antara lipatan kain mahal dalam almari atau di bawah bantal. Walaupun bunga-bunga lain lebih cantik dan berwarna warni namun bila sudah ke bumi tidak ada harapan untuk dibelai. Hati berdetik dan berbisik......bunga lain dipuji ketika kembang tapi bunga tanjung yang gugur dan layu masih dikutip dan disayang.
0 comments:
Post a Comment