Ramai orang yang terjerumus dalam perkara-perkara yang buruk dan melalaikan kerana tersilap memilih kawan. Oleh itu jangan merasa susah untuk meninggalkan manusia yang memalingkan kamu dari jalan Allah swt dan RasulNya. Allah swt berfirman yang bermaksud, "Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu. " (Ar Rum: 60).
Walaupun sedirian namun Allah swt tetap ada bersama dan memberikan pertolonganNya kerana Dia setiap detik mengawasi hambaNya. Dalam masa yang sama Dia menguji tentang keyakinan dan kesabaran manusia untuk tunduk patuh pada perintahNya dan memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berjaya.
Pertolongan yang kedua yang akan diberikan oleh Allah swt ialah bila berjaya membebaskan diri dari perasaan tamak dan takut. Jika dua perkara ini telah dapat di atasi maka lebih mudahlah untuk menuju ke jalan Allah dan RasulNya. Ibnu Qayyim memberikan cara bagaimana memohon pertolongan Allah swt untuk menjauhkan diri dari sifat tamak dan takut.
Beliau berkata: Ianya mestilah dengan tauhid, tawakkal serta ketetapan hati yang bulat kepada Allah swt. Namun begitu keyakinan tersebut mesti disertai kepecayaan penuh bahawa tidak ada kebaikan yang diterima atau kemudaratan yang menimpa kecuali dengan keizinanNya. Segala sesuatu itu milik Allah swt dan Dia Maha Berkuasa ke atas setiap makhlukNya.
0 comments:
Post a Comment