Flower-Gathering
I left you in the morning
And in the morning glow
You walked a way beside me
To make me sad to go.
Do you know me in the gloaming
Gaunt and dusty gray with roaming?
Are you dumb because you know me not.
Or dumb because you know?
All for me? And not a question
For all the faded flowers gay
That could take me away from youFor the ages of the day?
They are yours, and be the measure
Of their worth for you to treasure
The measure of the little while
That I've been long away.
(R Frost)
Gambar diambil di nursery bunga. Ketika melihat-lihat gambar dalam simpanan rasanya ada juga yang belum pernah digunakan. Iye ke? Nak check balik tidak terlarat jadi keluarkan sajalah. Salah aku yang tak ada sistem nak mengasing dan menyisih, menyusun dan menyimpan. Bila teringat ambil dan bila sudah selesai humban balik dalam fail yang agak berkenan. Lama-lama ada berbelas fail dan isinya bertimbun-timbun. Bukan tak suka tengok balik gambar-gambar lama tapi ada sikit kesayuan dan teringat kembali ketika mengambilnya.
Apapun aku kagumkan dengan orang yang barang-barangnya tersusun rapi. Mak kata di rumah Lin baju anak-anaknya tersusun cantik macam di supermarket. Bawang merah dan bawang merah di dapur pun seperti diatur dalam raga. Aku? jangan harap. Kekadang semua berkulat kerana terlupa nak anginkan selepas terbeli yang lembab di pasar malam. Itu belum lagi hiasan dinding dan sudut bilik, ruang makan dan almari pinggan mangkuk di rumahnya. Yang aku boleh kalahkan cuma Lin tanam pokok apapun semuanya mati. Setiap kali Mak bagi pasu berisi pokok bunga, selepas dua bulan pasu kosong pasti balik semula ke rumah Mak.
Yang peliknya benda-benda yang dibuang hari ini pasti esok atau lusa di cari balik untuk digunakan. Desperately. Kekadang bertahun ia hanya menyemak dapur atau stor. Macam-macam barang orang kumpul dan simpan hingga kita pun tergelak melihat (orang pun gelak tengok sampah sarap yang aku sayang). Kalau Mak Iti kumpul aluminum foil penutup tin susu tepung, kawan K kumpul pembalut mee segera dan suami Suhana pula angkut kipas kapal terbang. Tak taulah untuk buat apa. K menegur aku, jangan tanam orkid banyak sangat, kalau teringat pergi saja ke nursery.....tak payah keluar duit dan buang masa menjaga. Hati berdetik dan berbisik......manusia kalau sukakan sesuatu benda dia tidak akan puas setakat pandang-pandang, mesti pegang-pegang dan pasti ingin memilikinya....

1 comments:
betollah. selagi tak jaga, tak belai dan tak sentuh, mana datang sayangnya pada benda-benda yang kita jatuh sayang.
Post a Comment