Saturday, April 23, 2011

Lagi Dendrobium

Pucuknya ke bawah
Kuntum pada ruas
Hanya bunga-bunga
Bunga yang kembang
Cantik berseri
Bunga close up
Serangga suka bunganya


Gambar orkidku di belakang rumah. Salah satu pokok orkid yang berbaloi aku beli dan membuatkan aku tersenyum melihat kecantikan bunganya ialah dendrobium di atas ni. Tak sangka, tak sangka.....Masa dibeli ia cuma dua batang beruas yang tidak berdaun dengan dua kuntum bunga layu di hujungnya. Harga setelah tawar menawar pokok kurus tersebut dengan nyonya penjual hanya RM 12. Yang bagusnya pokok telah dilekatkan di atas sekeping slab kayu pakis. Balik ke rumah cuma pakukan pada dahan pokok rambutan dan biarkan ia tergantung upside down. Bulan berganti bulan dan pokok orkid tu elok pulak tumbuhnya, pokok yang baru lebih panjang dan gemuk hingga ada empat lima batang semuanya.

Kalau tak silap daun pokok orkid yang matang akan luruh semuanya pada bulan September. Benjol-benjol kecil akan kelihatan pada setiap ruas batang dan mengeluarkan satu atau dua kuntum. Sebulan kemudian barulah ia mekar menjadi bunga berwarna putih bersih dan berbau wangi kuat dan tahan hingga dua minggu. Aku hanya perlu berdiri di pintu dapur (kira-kira 3) meter untuk mencium semerbak baunya. Ketika ini banyak serangga seakan-akan lebah
hinggap pada bunga terutama lewat pagi dan petang. Kekadang hingga sepuluh ekor.

Ramai orang kata bila tanam orkid kenalah banyak sabar. Sabar nak membayar harga pokok, baja dan ubat, sabar menyiram dan membelai dan yang nombor satu sabar menunggu. Menunggu bila agaknya akan tumbuh akar dan pucuk, tunas dan bunga. Aku ni boleh tunggu tiga empat bulan saja, mulalah nak ganti baja, media, pasu dan tempat meletak pasu. Pokok dendrobium di atas mungkin hidup elok kerana tidak diusik dan dialih ke mana-mana atau seperti itulah keadaan semulajadinya di hutan. Hati berdetik dan berbisik.....syukur, syukur.......aku akan nikmati keindahannya ketika ada.

1 comments:

Nabilla Nasir said...

ibu kat rumah mmg gila orkid. mmg kena sabar jaga orkid ni. kadang2 smpai setahun tggu die keluar bunga. tapi sekali die keluar masyaAllah cantik betul ^^

kat blog saye ade sket gambar2 orkid kat rumah. tak bnyak pun ^^

http://orchidlover-nabillanasir.blogspot.com/2010/05/successful-assistant-gardener-and-tutor.html

Post a Comment