Friday, April 1, 2011

Yang Ada Di Hati Manusia

1. Janganlah engkau memberatkan hatimu ketika ini dengan beban-beban hari esok kerana kadangkala beban hari esok itu tidak datang sedangkan engaku telah mengorbankan masa senangmu sekarang ini. (M Al Siba'i)

2. Bukan yang dinamakan ilmu itu kepandaian atau banyak meriwayatkan akan tetapi ilmu itu adalah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Dan bangunnya ilmu itu untuk mendekatkan manusia kepada Allah swt dan menjauhkannya dari kesombongan diri. (Imam Malik bin Anas)

3. Tamak lebih berat dari bakhil kerana orang yang tamak ialah orang yang rakus terhadap apa yang ada di tangan orang lain, hingga dapat direbutnya. Dan orang yang bakhil ialah orang kikir (enggan mengeluarkan) terhadap apa yang ada di tangannya. (Abdullah bin Amru ra)

0 comments:

Post a Comment