Friday, February 19, 2010

Bahaya Kalau Jahil

Sesungguhnya ilmu agama memiliki nilai yang lebih tinggi dari ilmu dunia. Ini kerana jahil ilmu dunia hanya menyebabkan susah di dunia manakala jahil ilmu agama mengakibatkan sengsara di dunia dan akhirat.

Ketenangan dan kebahagiaan bukan berpunca dari kedudukan dan harta tetapi terhasil dari hati yang sentiasa berhubung dengan Allah swt. Orang yang hanya memiliki dan mengutamakan ilmu dunia bukanlah orang yang berilmu di sisi Allah swt.

Allah swt berfirman yang bermaksud, "...tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai." (Ar Ruum: 6-7).

Mungkin di dunia mereka disanjung dan dihormati kerana kepandaian dan kepakaran mereka namun pada pandangan Allah swt ilmu mereka tidak ada ertinya. Oleh itu relakah kita menjadi orang yang berilmu, tetapi sesungguhnya bodoh dan di akhirat menjadi orang yang paling rugi dan malang??

0 comments:

Post a Comment