Bila kata pada seseorang 'tunggu sekejap,' rasa macam tak apa-apa. Sudah selalu dengar contohnya: Tunggu sekejap Bang, tunggu sekejap Mak, tunggu sekejap Yang, tunggu sekejap Boss, tunggu sekejap Puan, tunggu sekejap ye......Dah budaya kot, aku tunggu kau, kau tunggu aku.
Takkan tak boleh tunggu, nampak ala ala sabar gitu. Malahan "Tunggu Sekejap' jadi lagu popular di tahun 70an. kalau nak hitung banyak perkara yang aku dah rancang betul-betul, tapi bila aku nak buat 'tunggu sekejap'. Bukan tak tahu ada perkara boleh tunggu tapi ada yang kena buat masa tu jugak.
Kawan aku kata, "Mesti ada sense of urgency, kalau tidak kerja tertangguh hari ini, esok yang lain pulak datang." Jadi kerja melambak, tak sempat nak buat lalu cari alasan tak ada masa, padahal salah sendiri. Tak boleh nak didisplinkan diri.
Manusia ini memang bermacam perangai termasuklah yang macam aku ni, suka tangguh kerja dan buat yang on time bila dah terpaksa sangat. Tapi 'tunggu sekejap ni' ada juga kebaikannya. Tak le nampak gopoh gapah, gelojoh. Sekurang-kurangnya bagi ruang untuk berfikir, menimbangkan situasi, atur strategi.
Mungkin jadikan minda lebih kreatif kerana otak ligat berfikir terutama jika keadaan tidak menguntungkan atau untuk melepaskan diri.

0 comments:
Post a Comment