Pertama kali aku tengok pementasan ialah di padang sekolah di kampongku, masa tu aku dalam darjah satu. Ada pentas kayu tetapi tak ingat ada lampu letrik atau tidak. Takkan guna lampu gasolin kot?? Persembahan paling top ialah sajak "Ke Makam Bonda".
Masa tu arwah mak cikku yang jadi heroin. Dalam lakonan tersebut dia memimpin adiknya untuk ziarah ke kubur ibunya. Di atas pentas memang ada di buat semacam kuburan yang ditumbuhi lalang dan dua nisan terpacak. Cuma tak ada pohon kemboja dengan bunga berguguran.
Heronya seorang lelaki berbaju melayu, kain pelikat tergantung di bahu dan menyorong basikal tua. Abang gadis tulah kot.... Syahdu betul hingga ramai orang-orang tua yang menonton menitiskan air mata melihat tiga beradi yatim piatu menziarah kubur.
Walau pun aku masih kecil tapi sajak tu tetap jadi ingatan. Penulis sajak ini ialah Allahyarham Usman Awang (orang Johor) dan aku pernah juga baca tulisan beliau seperti Uda dan Dara, Tulang-Tulang Berserakan, dan sajak 'Bunga popi' iaitu tentang askar yang berjuang dan gugur di medan perang.
0 comments:
Post a Comment