Sunday, February 14, 2010

Mengenai Ilmu

Ibnu Hazam dalam menyebutkan bahawa salah satu faedah ilmu adalah menjauhkan bisikan syaitan di dalam jiwa, menghilangkan keresahan, kesusahan serta kesedihan. Kata-kata Ibnu Hazam ini benar terutama bagi orang yang mencintai, mempelajari dan mengamalkan ilmu dalam kehidupan sehari-harinya.

Oleh itu para penuntut ilmu diwajibkan membahagi masanya secara bijaksana dan terancang. Ada masa untuk menghafal dan mengulangkaji, ada masa untuk belajar dan mengkaji dan ada masa untuk mengambil kesimpulan, mengumpulkan bahan yang dipelajari. Seterusnya untuk menyusun, merenung dan bertadabbur.

Islam menjunjung tinggi ilmu, menggalakkan manusia untuk mencarinya, memuliakan orang yang memiliknya dan mengangkat tinggi darjat mereka.

0 comments:

Post a Comment