Sunday, February 14, 2010

TBC dan Limau Mandrin

Tahun Baru Cina: Aku akan dapat satu bungkusan berisi limau, kacang goreng dan biskut dari Amoi anak gadis taukeh getah di kampong. Dia tak berapa fasih bercakap Melayu dan pemalu. Masa tingkatan satu aku kenal dengannya. Selalu tunggu bas di bahwah pokok jambu bol untuk ke sekolah walau sekolah berlainan.

Berbual kami jarang cuma banyak senyum. Ada sesekali ke rumahnya, cemas juga kerana ada anjing. Sebok dia halau anjing keluar dan sediakan bangku nak duduk. Dia akan sediakan sebotol air oren dan paling takut nak minum sebab 'gelasnya nampak berminyak'.

Terima bungkusan macam tu tiap tahun dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Lepas tu kami berpisah, aku ke KL belajar. Tak adalah timbul cerita Amoi, macam mana dia seterusnya. Ibu bapa aku pun dah berpindah dari kampong tu, jadi bila aku lalu di situ hampir setahun sekali aku lupa langsung tentang dia.

Cuma dua hari lepas aku dapat sekotak limau dari jiranku yang ada 4 orang Amoi.

0 comments:

Post a Comment