Sunday, February 14, 2010

Pakar Jolok Betik

Semasa di kampong di belakang rumah aku ada beberapa batang pokok betik yang dah tinggi. Buah manis dan isinya merah tapi susah betul nak ambik buahnya. Tapi hal nak selamatkan betik tu dari dimakan keluang atau luruh sendiri maka akulah yang kena berusaha. Masa tu tak teringat nak guna tangga atau cari assistant.

Mula-mula aku kena ambil galah panjang, kemudian dengan hati-hati tolak buah betik ke atas hingga berbunyi tuss! Maknanya tangkai buah dah patah. Lepaskan galah dengan cepat dan dive ke arah mana buah itu jatuh. Sambut buah dengan cekap. Rasanya tak pernahlah buah terlepas dari tangan atau galah timpa kepala.

Ada juga faedah aku selalu berlatih tangkap bola dalam latihan bola jaring. Aku jadi shooter dalam pasukan dan sekolah aku jadi wakil daerah. Masa tu dah rasa glamour habis. Kalau bandingkan budak dulu dengan budak sekarang, banyak betul bezanya. Budak dulu kecik pun tahu cari makan.

0 comments:

Post a Comment