Wednesday, February 17, 2010

Sesekali Nak Ke Bandar

Satu nikmat bagi orang kampong ialah kalau dapat turun ke bandar sekali sekala. Persediaan nya mestilah rapi, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Paling penting kuku mesti dipotong (guna pisau sebab tak ada pemotong kuku), dibersihkan dengan air limau nipis atau cuka getah.

Badan disabun, masa tu cuma kenal sabun cap kapak. Susah nak bersih kerana sabun tak berapa nak berbuih bila kena air perigi yang berwarna kemerahan dan kelat. Pakailah baju yang paling cantik, tapi di zaman tu susah nak cari wanita bertudung litup kecuali yang sudah tua dan pernah ke Mekah.


Nak tunggu bas kena pergi ke jalan besar. Kalau duduk kat hujung kampong jarak ke jalan besar hampir 3 km. Terpaksa berbasikal di atas jalan tanah merah yang berdebu di musim kering dan berselut jika musim hujan (kasut bungkus dalam plastik, pakai selipar dulu). Bas pula sejam satu, jenis yang ada 'hidung' dengan tingkap kayu.

Bandar P jauhnya 16 km dari kampongku jadi perjalanan lebih kurang 1 jam. Pendik kata lama juga bersiap kalau nak ke bandar tapi apa yang di lihat di sana kira berbaloi. Adakala pergi tengok wayang, pergi kedai buku atau kain baju, ambil duit di pos ofis dan yang tak pernah miss ialah makan mee rebus.

0 comments:

Post a Comment