1. Kesan pendidikan yang rosak: Ramai ibu bapa yang salah dalam mendidik anak-anak mereka kerana kesan pendidikan dari didikan orangtua ibu bapa. Demkianlah jika mendidik tanpa ilmu dan kesopanan akan rosaklah dua generasi.
2. Kasih sayang dan kemanjaan: Jika seornag anak tidak mendapat kasih sayang ibu bapa maka ia hidup sengsara. Jika ia terlalu dimanjakan ia kan menjadi malas. Ibu bapa yang baik adalah yang tidak mengabaikan anak-anak dan tidak menyebabkan anak rakus kepada kebaikan (terlalu mengikut cakap anak).
3. Ketegasan yang bertempat: Kekerasan yang berlebihan terhadap anak-anak akan memutuskannya darimu. Kelembutan yang keterlaluan akan memutuskan kamu darinya. Maka jadilah orang yang bijak kerana jika tidak, mereka akan tenggelam dalam belaian tanganmu.
4. Mengajar bersusah payah: Lebih baik kamu melihat anak-anakmu bersusah payah bekerja dari kamu meliht mereka hanyut dalam kenikmatan tetapi bergantung pada dirimu. (M. Al Siba'i)
0 comments:
Post a Comment