Dah lama tak tengok dairi usangku, bukan apa cuma takut luka lama berdarah kembali. Di zaman itu tulis ikut suka hati, apa saja yang terlintas dalam fikiran lalu letak apa yang sempat.
Bila dilihat semula tak ada isu yang besar pun, paling banyak tentang perasaan tak puas hati dan diri sendiri. Melayan perasaan yang terbuku (sebal), maklumlah di tempat kerja, di rumah atau di jalan raya ada saja hal-hal yang mengusik perasaan.
Berprasangka dengan orang lain hanya kerana sedikit jelingan seseorang atau perkataan yang bunyi lain macam sikit. Pada hal ianya tak ada kena mengena langsung dengan diri. Susahnya kalau cepat sensitif, perasan dan sukar untuk melupakan apalagi memaafkan.
Ada yang kata: orang yang hebat menceritakan peristiwa dan orang yang tak hebat menceritakan hal orang lain. Penyakit memikirkan perkara-perkara yang tidak penting ni amat membahayakan diri. Habis masa kerana susah hati, menyesal dan tidak boleh mengubah keadaan.
Pesan ulama, kalau nak baiki masa lalu kena banyak istigfar, nak baiki masa sekarang kena banyak bersabar dan nak baiki masa hadapan kena banyak berdoa. Learn to forgive and forget, Allah Maha Mengetahui manakala manusia hanya berusaha sebaik mungkin dan tunggu apa yang akan jadi seterusnya.

0 comments:
Post a Comment