Wednesday, February 24, 2010

Fear Factor 'Ketoyong'

Sejenis siput sedut yang dimasak lemak cili api dengan keladi minyak di kampongku dipanggil ketoyong. Kalau beli siput waktu petang dan cadang nak masak esok pagi maknanya kena simpan elok-elok. Masukkan dalam baldi dan tutup rapat-rapat kerana dema suka merayap.

Melata di lantai, panjat dinding dan hilang entah ke mana. Kata orang campur dulu dengan hampas kelapa kalau nak buang isi perutnya yang hijau tu. Sebab suka siput aku pernah ikut kawan ke hutan bakau di tepi laut untuk pungut siput yang melekat di batang pokok ketika air pasang. Mudah betul nak dapat sebaldi.


Aku expert makan siput ni, dah dapat semangkuk besar tak payah ada lauk lain. Crit...crot...crit crot. Bila makan ramai-ramai macam ada muzik okestra. Nak makan, yang penting teknik sedut mestilah betul kalau tak isinya tersangkut, terputus atau tak keluar langsung. Kenalah sedut reverse dengan sedikit kuah. Ada orang tak reti sedut atau geli nak makan.

Kata mereka 'fear factor' sebab isinya tak berapa menyelerakan, berlendir dan kehijauan. Nenek moyang aku bagi petua, dah sedut terus telan jangan nak pandang-pandang. Kini nak makan semangkuk kena beli, sebab nak masak banyak kerja kena buat, lagipun anak-anak sekarang kata: benda ni boleh dimakan ke?

0 comments:

Post a Comment