Sunday, February 14, 2010

Pokok Rambai Favorit

Aku dan beberapa orang kawan lalu di sebatang jalan kampong dan ternampak gerai buah-buahan yang menjual buah rambai. Kata kawanku, hanya kera yang suka makan rambai, dan seorang lagi kata orang guna buah rambai peram buat macam todi. Sakit betul hati aku.

Yalah, pokok rambai pokok favorit aku masa kecil. Di kampong aku ada sebatang pokok rambai besar sepemeluk, rendang dan selalu berbuah lebat. Di antara dahan-dahan tu aku berbaring, relaks kalau hari panas. Lagi satu tempat menyorok kerana Mak cik aku suka suruh sapu daun getah, basuh pinggan atau siang ikan.

Bahagia betul tengok buah rambai yang bulat kekuningan bergayut di tangkai dari setiap dahan dan ranting seperti mutiara berkarang. Kalau hari berangin lagilah cantik, terbuai lembut. Kalaupun buah rambai tak sesedap durian atau manggis tapi ia ada juga keistimewaannya. Nenek pesan jangan makan rambai banyak-banyak, nanti sembelit.

0 comments:

Post a Comment