Tuesday, February 23, 2010

Ada Rumah di HatiMu dan Ilmu

Ketahuilah bahawa Allah swt telah membangunkan rumah di dalam dadamu iaitu HATI dan meletakkan singgahsana di dalamnya agar Dia bertakhta di atasnya. Allah swt dengan pengetahuan, kencintaan dan keesaanNya bertakhta di atas singgahsana hati dan di atas singghsana itu terhampar permaidani keredhaan. Barangsiapa yang mengetahui rumahnya, dan harta simpanan yang ada di dalamnya, nescaya ia akan memanfaatkan seluruh hidup dan jiwanya. (Ibnu Qayyim).

Bila keimanan bersemi dalam HATI sesuai dengan tuntutan syari'at, nescaya hati rindu terbang ke jannah dan takut akan siksa neraka. (Sufyan Ats Tsauri)

Satu bab dari ILMU pengetahuan yang dipelajari oleh seseorang dengan niat untuk memperbaiki diri dan masyarakat lebih utama nilainya dari ibadah setahun. (Qatadah bin Diamah).

0 comments:

Post a Comment