Wednesday, February 17, 2010

Orchids: Tips Baja Dulu-dulu

Masa di kampong ketika sepupu dan kawan sebaya sebok bela kucing atau lembu dan kambing aku pula leka tanam dan jaga orkid. Di masa tu aku hanya kenal orkid jengking, tulang, hutan, bulan (di kampong kami namakan anggerik) dan orkid pinang.

Yang aku ingat di di halaman rumah memang ada beberapa pokok orkid tersebut. Orkid pinang daunnya lebar dan ditanam dalam pasu, anggerik banyak tumbuh di dahan pokok. Orkid hutan bunganya unggu dan putih, banyak tumbuh di tepi belukar di tanah berbukit.


Membaja orkid jadi kerja rutin aku setiap minggu. Tak susah, cuma masukkan tahi lembu dan bancuh dalam satu baldi air kemudian curah pada perdu pokok orkid. Sikit pun tak geli. Subur juga orkid aku, banyak yang gila daun sampai bertahun tak pernah berbunga.

Orang lain suruh aku cuba baja tahi ikan bilis. Rendamkan ia dalam air barang seminggu. Baja yang ini tau-taulah baunya, kiranya tahi lembu lagi ok. Untuk orkid kerap berbunga ada yang kata taruh kerang (mentah), air selepas membasuh beras atau ikan....

0 comments:

Post a Comment