Tuesday, February 16, 2010

Hadiri Majlis Ilmu

Sa'id bin Jabair rmh berkata: " Seseorang akan dikatakan alim jika dia teus menerus ingin belajar. Maka apabila dia meninggalkan belajar dan merasa cukup dengan ilmu yang ada padanya, maka dia adalah orang yang paling bodoh. Oleh itu seorang penuntut ilmu mestilah memiliki semangat yang kuat untuk mendorongnya agar terus berusaha. Dan semangat yang paling diperlukan ialah untuk mendapatkan ilmu, meminta tambahkan ilmu, selalu bersungguh-sungguh dan rajin untuk mencarinya, bersemangat untuk menghadiri majlis-majlis para ulama dan mempelajari kitab-kitab ilmu serta menguasainya."

Ketika Mu'az bin Jabal ra menghampiri ajalnya, beliau berkata: "Selamat datang kematian, selamat datang tamu yang datang dengan suatu hajat. Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak suka untuk tetap berada di dunia hanya kerana ingin melintasi sungai-sungai dan menanam pokok-pokok. Akan tetapi aku suka tinggal di dunia untuk merasakan kepayahan di malam yang panjang, merasakan haus di bawah terik matahari pada hari yang sangat panas, dan mendekati ulama dengan kenderaan dalam majlis zikir (majlis ilmu)."

0 comments:

Post a Comment