Orang-orang yang lalai di dunia tidak akan mendapat apa yang mereka idam-idamkan di akhirat nanti. Ketika itu mereka baru sedar bahawa apa yang mereka kejar dan miliki di dunia dahulu tiada nilainya. Apa yang tinggal hanyalah penyesalan yang amat besar kerana cuai menggunakan waktu yang ada dengan sebaiknya semasa hidup di dunia.
Perlu diingat bahawa setiap yang datang akan berlalu dengan cepat seperti awan yang berarak. Ia hilang meninggalkan kenangan kecuali amalan soleh yang bermanfaat. Allah swt menjelaskan keadaan mereka yang beringat dan beramal soleh itu dalam firmanNya yang bermaksud, "Makan dan minumlah dengan enak disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu." (Al Haqqah: 24).
Sebaliknya bagi orang yang lalai dan tidak memperdulikan apa yang dikerjakannya, Allah swt menjelaskan adanya hukuman yang setimpal melalui firmanNya yang bermaksud, "Yang demikian itu disebabkan kerana kamu bersukaria di muka bumi dengan cara yang tidak benar dan kerana kamu selalu bersukaria (dalam kemaksiatan)." (Al Mukmin: 75)
Waktu amat bernilai dan ini diperingatkan oleh Rasulullah saw dengan sabda: Dua kenikmatan yang banyak dilalaikan orang adalah kesihatan dan waktu terluang. Waktu adalah nikmat agung dan pemberian yang besar dari Allah swt. Kita mesti memohon taufik dan pertolongan dari Allah swt agar kita dapat mengurus waktu yang ada dengan sebaiknya.

0 comments:
Post a Comment