Sebelum pindah ke estet kami tinggal di sebuah rumah kecil dalam kebun getah kira-kira 0.5 km dari rumah nenek iaitu di tanah tok saudara. Di hadapan rumah ada sebuah kolam dan di tepinya terdapat pokok mempelam besar, tinggi dan rendang.
Pokok ni kalau berbunga sampai tak nampak daun dan bunganya berbau harum. Bila berbuah, selepas hujan malam banyak buah mempelam yang gugur, jadi kami pungut untuk cicah atau buat jeruk. Kalau buah sudah betul-betul tua Abah dan beberapa orang kawannya akan memanjat pokok dan kait buah hingga dapat dibahagi untuk seluruh kampong.
Di belakang rumah ada rumpun pandan tempat aku main masak-masak dengan adik. Seminggu sekali Mak belajar buat kek di pekan dan kami berebut merasa secubit seorang bila mak bawa balik sedikit kek ke rumah.
Kadangkala aku ke rumah nenek dan belajar mengahafal surah al falq, an nas dan al ikhlas. Suatu petang ketika aku ikut mak petik pucuk paku di tepi sungai di belakang kampong aku telah disengat tebuan di dahi. Mak heret aku yang menangis sambil berlari pulang ke rumah.
Kecoh habis bila kerana saudara mara berkerumun bagi petua: taruk cuka, taruk minyak gas, taruk herba, jampi dan macam-macam lagi. Apapun tiga empat hari juga mata aku bengkak dan tak boleh dibuka. Tetapi dalam sakit aku dapat layanan istimewa iaitu makan kek marble sebanyak mana aku mahu selama seminggu.

0 comments:
Post a Comment