Wednesday, April 7, 2010

Ascocenda: Kos Perasaan?

Ascocenda
Ascocenda

Gambar dua orkid dari pondok orkidku. Gambar atas: Ascocenda, banyak bunga saiz 3 cm pada tangkai yang menegak dan rajin berbunga. Gambar bawah: Ascocenda juga tapi tak ingat namanya. Yang unik bunganya kuning ada brown spots.

Aku tengok bunga orkid ini di satu pameran, teringin tetapi tak beli kerana harganya di luar bajet. Hanya mampu beli anak pokok setinggi 5 cm, harga RM 10 dengan harapan tinggi yang satu hari ia akan berbunga. Bela punya bela selama tiga tahun maka berbungalah ia.

Kebetulan aku pergi ke pameran lain, ternampak harga sepokok yang berbunga RM 70. Aku seronok kerana pokokku di rumah bernilai RM 70. Memang kalau dicongak kos pokok, tenaga membaja dan menyiram untuk 3 tahun; tidak menguntungkan.

Tetapi macamana nak congak kos hati yang puas dan rasa tenang menikmati keindahan ciptaan Tuhan?

0 comments:

Post a Comment