Sunday, April 18, 2010

Lemas Di Sungai Kampung

Dua batang sungai menjadi landmark di kampungku iaitu satu yang selari dengan kampung dan terletak di belakang kebun getah. Satu lagi sungai yang kira-kira 7 m luas merentasi kampung dengan satu jambatan menghubungkan jalan.

Jambatan ini selebar sebiji kereta dan tiada penghadang di kiri kanannya. Tidak ada rumah penduduk berhampiran jambatan cuma ada kebun-kebun getah yang sunyi. Kalau nak ke jalan besar, sekolah atau kedai mesti lalu jambatan kayu ini.

Di musim hujan airnya berwarna merah kehitaman, naik tinggi hanya satu kaki dari lantai jambatan iaitu kedalaman 4 m atau 12 kaki. Ramai ibubapa risau untuk melepaskan anak-anak pergi dan balik sekolah melalui jambatan tetapi tiada pilihan.

Seingat aku adik Abah yang bernama Zubaidah berumur 15 tahun ketika kejadian ini berlaku. Setiap hari dia ke sekolah agama dan balik pada jam 6 petang. Mungkin kerana petang itu hari hujan dia bertolak dari sekolah lebih lewat dari biasa dan sendirian pula.

Datukku yang baru balik dari pekan sewaktu lalu di jambatan jumap basikal makcik terbaring sementara tuan punyanya tidak kelihatan. Dia melaung beberapa kali memanggil nama makcik tetapi hampa. Datuk cepat pulang ke rumah dan tanya nenek, adik beradik lain di mana Zubaidah? Mereka syak sesuatu yang buruk telah terjadi lalu memberitahu penduduk kampung.

Di senja itu mereka berkumpul di tebing sungai dengan membawa banyak lampu pam dan mulakan gerakan mencari di dalam sungai. Akhirnya mereka jumpa mayat makcik sebelum tengah malam di dasar sungai, 100 m dari jambatan di mana ia terjatuh.

Nenek cerita dalam seminggu sebelum makcik meninggal dia telah mengemas dan membersihkan kain bajunya dan berkata dia hendak pergi ke satu tempat yang jauh.

0 comments:

Post a Comment