Sunday, April 18, 2010

Terakhir Keluar dari Neraka

Ibnu Mas'ud ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Aku mengetahui ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga yang terakhir masuk syurga. Iaitu seseorang keluar dari neraka dengan merangkak-rangkak lalu Allah swt berfirman kepadanya: Pergilah engkau masuk ke syurga maka pergilah orang itu.

Tiba-tiba terbayang padanya seolah-olah syurga sudah penuh, maka kembali ia sambil berkata: Ya Tuhan, aku lihat ia sudah penuh. Allah swt berfirman: Pergilah engkau masuk ke syurga, maka ia pergi dan mendapati seolah-olah ia penuh. Maka dia kembali berkata: Ya Tuhan, ia sudah penuh. Maka Allah swt berfirman: Pergilah engkau masuk ke syurga. Bagimu syurga yang sepuluh kali ganda besar dunia. Maka berkata orang itu: Apakah engkau mentertawakan (mnegejek) aku ya Tuhan, sedang Engkaulah Raja. Berkata Ibnu Mas'ud: Maka aku melihat Rasulullah saw tertawa hingga kelihatan gigi baginda, sambil bersabda: Demikianlah serendah-rendah tingkat ahli syurga. (HR Bukhari, Muslim)

0 comments:

Post a Comment