Sunday, April 18, 2010

Manusia Macam Iceberg

Kata kawan jangan cepat percaya apalagi teruja dengan tingkah laku seseorang, apa yang mereka tunjukkan hanya satu persepuluh dari diri mereka. Bermakna macam iceberg; 10% timbul dan 90% tersembunyi.

Katanya lagi kepelbagaian hati manusia lebih banyak dari pasir di pantai. Menarik juga apa yang aku dengar ni, maksudnya sama macam rambut sama hitam, hati lain-lain. Walaupun ramai-ramai sepakat angguk- angguk tetapi di dalam hati belum tentu semuanya setuju.

Oleh kerana kita tak pernah tengok iceberg kecuali dalam gambar jadi tengok air ais dalam gelas cukuplah. Ketul ais hanya sedikit saja yang timbul, banyaknya tenggelam di bawah paras air. Kalau air gelap macam kopi macam mana? Lagi susah sebab yang tersembunyi ditutup habis. Inilah yang paling merbahaya kerana selalunya yang tersorok yang banyak hidden agenda.

Sebagai peringatan kita kena selalu berhati-hati, ada orang yang boleh kita berkongsi cerita, dapat memberi kita idea membina atau menolong tanpa minta balasan. Berkawanlah dengan ramai orang tetapi carilah beberapa orang yang betul-betul boleh dipercaya.

Tak semesti kita ikhlas orang lain pun ikhlas kepada kita. Rugi kalau buat baik hanya seperti mencurah air ke daun keladi kerana mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan dan menerima kebaikan dengan rasa syukur.

Kata Ibnu Abbas ra; kita ada masa, harta dan tenaga yang sangat terhad oleh itu dengan ilmu dan akal yang Allah beri pandai-pandailah menguruskannya.

0 comments:

Post a Comment