Tuesday, April 13, 2010

No Short-cut Untuk Istiqamah

Motivasi? Ramai orang di zaman ini yang minta dimotivasi dan tak kurang yang dipaksa untuk bermotivasi. Ada pula yang saja-saja nak ke kem motivasi kerana seronok dengar orang bercakap, dapat kawan baru dan hilangkan stress.

Tujuannya kakitangan kerajaan, pekerja swasta dan semua orang mesti jadi individu dan pekerja yang cemerlang. Pendik kata, kerja, kerja dan kerja. Dalam SKT bos anggap seorang itu bagus bila dia bermotivasi, berdedikasi dan berkualiti. Dalam rumah pula tak cukup ibu bapa pergi ceramah motivasi, anak-anak pun perlu hadir juga.

Ye ke kita dah tak boleh nak tolak diri sendiri sehingga perlu ada orang yang lakukannya untuk kita? Aku sendiri memang cepat teruja dengan ceramah motivasi apalagi dari penceramah popular dan selebriti yang bergaya dan petah bercakap di tv.

Walau sedang berkemas misalnya, sambil pegang penyapu aku akan duduk mendengar. Satu masa aku cakap pada Abah (dia ada di rumahku) yang aku mesti beli tape penceramah ni. Abah kata tak payah. Dia nasihatkan aku, engkau bangunlah awal sikit, buat kerja sikit-sikit setiap hari dan jangan banyak tangguhkan kerja. Simple.

Rupa-rupanya motivasi hanya 'tolakan' untuk memulakan sesuatu tetapi ketekunan yang akhirnya membuahkan hasil. Aku ni kagum orang boleh berubah 100% secara mendadak selepas dimotivasi atau hanya dengar tape dan CD dalam kereta. Ketekunan dan kesabaran........ tak mungkin ada short-cut untuk istiqamah...

0 comments:

Post a Comment