Al Mughirah bin Syu'bah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Nabi Musa as bertanya kepada Tuhan tentang serendah-rendah orang yang ditempatkan di dalam syurga. Jawab Tuhan: Datang orang yang terkhir setelah semua orang masuk syurga. Maka di perintahkan padanya, masuklah engkau ke syurga.
Jawab orang itu: Ya Tuhan, bagaimana aku akan masuk syurga padahal semua orang telah mengambil tempat dan bahagiannya. Maka dia ditanya: Apakah engkau tidak redha kalau mendapat bahagian sebesar kerajaan seorang raja di dunia? Jawab orang itu: Redha, ya Tuhan. maka Allah berfirman: Bagimu sekali ganda, dua kali ganda, tiga kali ganda, empat kali ganda dan lima kali ganda. Jawab orang itu: Aku redha, ya Tuhan. Firman Tuhan: Bagimu sepuluh kali dari itu dan bagimu apa yang engkau inginkan oleh nafsu dan matamu. Jawab orang itu: Aku telah puas, ya Tuhan. Nabi Musa as bertanya: Bagaimana orang yang tertinggi tingkatnya? Firman Allah: Mereka yang telah Aku sediakan kehormatan mereka dengan tanganKu dan Aku tutup, maka tiada mata melihat dan telinga mendengar dan tiada tergerak dalam hati manusia (tentang bagaimana bentuk dan rupa ganjarannya). (HR Muslim)
0 comments:
Post a Comment