Saturday, April 3, 2010

Kubur: Larangan dan Doa

1. Rasulullah saw bersabda: Jangan kamu solat menghadap kubur dan jangan solat di atas kubur . (HR At Thabrani)

2. Rasulullah saw melarang mengapur kubur, duduk-duduk di atas kubur dan membina kubur (dibangun dengan bata atau jubin dll) tetapi hendaklah ia berupa longgokan tanah setinggi satu jengkal sahaja. (HR Muslim)

3. Rasulullah saw bersabda: Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai tempat beribadah. (HR Bukhari)

4. Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah saw berjalan di kubur Madinah, maka baginda menghadap ke kubur itu sambil bersabda: Selamat sejahtera kepadamu hai ahli kubur, semoga Allah mengampunkan kami dan kamu, kamu telah mendahului kami, dan kami menyusulnya. (HR At Termizi)

0 comments:

Post a Comment