Tuesday, April 20, 2010

Brassocattleya: Tambah Koleksi

Brassocattleya Mikai
Orkid paling cantik

Gambar atas: Orkid Brassocattleya Maikai dari pondok orkidku. Ada 3-5 kuntum bunga dalam setiap bunch, warnanya purple. Sekarang rumpun orkid ni hampir memenuhi pasu kerana pokok mudah membiak.

Gambar bawah: Orkid jenis baru kata tuan punya nursery, dia import dari Hawaii. Sebab sangat teruja tengok bunganya yang halus, lebat dan warna purple lembut jadi tak sempat dengar betul-betul namanya. Tapi bentuk bunga dan pokoknya macam orkid Oncidium.

Dapat berita yang pertunjukan orkid di tempatku akan di adakan pada bulan Julai nanti. Jadi aku sudah mula kemaskan pondok orkidku; buang pokok sakit dan tak berpotensi, basuh pasu-pasu dan kumpulkan dawai penyangkut.

Mesti cari ruang untuk letakkan orkid yang aku rancang nak beli. Juga kumpul duit; Insyallah nak tambah koleksi Dendrobium nobile dan beli anak orkid yang berbunga kecil tu jika harganya 'within budget'.

0 comments:

Post a Comment