Saturday, October 2, 2010

Dendrobium Lagi

Dend. purple-putih
Dend. lebat berbunga
Dend. putih-pink
Dend. pink kecil

Semua gambar diambil semasa Agrofest 2010. Entah kenapa tahun ini banyak dendrobium yang cantik-cantik dan yang menang sebagai the best plant pun dendrobium juga. Tapi yang emnjadi kegilaan bukan jenis nobile atau antelope yang mempunyai tanduk tetapi dendrobium bersaiz sederhana dengan bunga kebanyakan berbentuk bundar dan tangkai bunga mempunyai lebih 10 kuntum bunga mekar.

Apa pun dendrobium memang orkid yang dikenali ramai selepas orkid tulang dan orkid pinang. Ini kerana ia dari genus yang terdiri dari banyak spesis dan kacukannya telah dikomersilkan hingga boleh dijual dengan harga yang murah. Orkid ini adalah yang paling disukai orang yang mula berjinak-jinak dengan tanaman orkid.

Kebanyakan orkid dendrobium ialah epiphyte iaitu tumbuh menumpang pada pokok lain atau pada batang kayu dan rekahan di dinding bangunan. Ada juga yang hidup secara lithophyte iaitu melekap pada batu. Ia bukan parasit dan mendapat nutrisi dan air dari udara dan hujan atau dari bahan reput di sekelilingnya dengan mengeluarkan akar udara.

Orkid ini sesuai ditanam di dalam pasu yang beisi sabut kelapa, batu bata, moss atau arang. Dari pengalamanku orkid dendrobium yang bersaiz sederhana lebih rajin berbunga dari yang berbunga besar atau jenis antelope. Untuk pecubaan pertama menanam dendrobium cuma RM 8.00 diperlukan; beli pokok yang sudah berbunga, gantung di porch dan admire.

1 comments:

Hanis Azla said...

orkid memang sentiasa memikat..

Post a Comment