Saturday, October 2, 2010

Cepat Nak ke Mana?

Sudah jadi tabiat dan keperluan manusia yang hidup di zaman ini untuk melakukan dan mendapatkan sesuatu dengan cepat. Tapi aku percaya bahawa ada orang yang naturally fast dan ada yang naturally slow. Kebetulan aku termasuk dalam golongan pertama; kalau pergi nak cepat balik, urusan nak cepat siap dan kerja rumah mesti siapkan awal pagi. Mungkin sedikit terpangaruh dengan pesanan nenek, siapkan kerja awal bagus; kalau silap boleh dibaiki, tidak kelam kabut dan tak ada yang berleter.

Bila bekerja teringat kata-kata Graham Murray: more haste more waste. Agaknya seriau melihat aku berjalan menonong menatang dua tray telur ayam berharga RM 8.00 sebiji. Tapi ada pulak perkara yang aku boleh tekun seperti menyulam dan menjahit serta membaca buku tebal tulisan kecil dalam novel saga dan trilogy. Oh...satu lagi, menanam orkid.

Bila direnung, cepat-cepat ni sebenarnya nak kemana? Jawapan aku ialah, cepat kerja cepat rehat....supaya boleh buat kerja yang aku suka. Apa pun urusannya kalau boleh tak mahu tunggu lama-lama walaupun kena bayar lebih sedikit aku sanggup. Malangnya tidak semua urusan boleh berjalan lancar dan ikut kendak hati.....mungkin inilah sebabnya orang yang suka laju ni selalu dapat darah tinggi dan sakit jantung.

Kekadang ada hajat hati nak take it easy dan buat kerja dengan santai. Apa yang hendak dikejar kerana satu hari tetap ada 24 jam. Sebenarnya aku bukan mengejar masa tetapi masa yang mengejar aku. Contohnya bila tak sempat masak jawapnya aku rebus dan makan mee segera. Untuk apa? Supaya dapat duduk lebih lama depan tv atau komputer......

0 comments:

Post a Comment