Saturday, October 2, 2010

Adil Menurut Nenek

Sebelum terowong, Ipoh
 dan Kuala Kangsar
 Tebing curam
 Menurun, perlahan-lahan
Arah  ke Kuala Kangsar
 Lega, tidak berbukit


 Ramai orang kata nenek sayangkan cucu lebih dari ibu bapa sayangkan anak mereka sendiri. Namun begitu salah sekiranya kalau membeza-bezakan kasih sayang dan layanan di antara cucu tersebut kerana akan menimbulkan kesan yang tidak baik. Mungkin anak dan menantu berkecil hati dan ada cucu yang menyampah dengan perangai nenek yang kurang adil.

Di kampung dulu-dulu kebanyakan anak-anak bebas merayau dan pergi bermain ke rumah jiran tetangga. Tidak hairan kerana jiran semuanya suku sakat sepusat sepusing dan bau bacang hingga tidak hal kalau budak-budak ni bermain sampai melanggar waktu makan tengah hari atau minum petang. Apa yang ada akan dihidang dan dikongsi bersama, tak apa lauk kurang tapi nasi mesti lebih.

Makanan sedap dimakan bersama nasi, nenek kata biar kenyang. Kalau makan telur rebus nenek ada special ceremony, mengupas dua tiga biji telur di hadapan budak-budak hingga yang melihatnya terliur. Kemudian telur ini dipotong empat dengan seutas benang agar kuningnya tidak terbarai seperti yang dikerat dengan pisau. Kami ambil seorang sebahagian dan rasanya itu paling adil kerana masing-masing dapat bahagian yang sempurna.

Begitu juga kalau ada sebungkus mee goreng. Setiap orang tadah pinggan nasi dan dapat pada pusingan pertama satu sudu mee. Bila habis sepusingan baru diberikan lagi apa yang tertinggal. Satey pun begitu juga, nenek mulakan membahagi sedikit seorang. Mungkin dapat satu cucuk setengah seorang. Lepas itu pandai pandailah nak makan yang sedap dahulu atau kemudian. Boleh jadi inilah cara nenek nak tengok sifat yang ada pada cucu-cucu, iaitu ada yang enjoy sekaligus, yang berjimat atau kedekut. Oh ya, kami dapat perhatikan bahawa neneklah yang dapat bahagiannya paling last dan yang paling sedikit.

1 comments:

Ramdan said...

terkenang nenek saya yang sudah kembali pada yang Esa....alfatihah.

Post a Comment