Thursday, October 21, 2010

Ini Cymbidium Juga

Orkid hutan
Ada dua tangkai bunga
Buah yang matang
Di pohon durian

Dua gambar di atas diambil di hadapan sebuah Superstore di tempatku dan dua gambar bawah di dua kampung di Gopeng. Pokok orkid ini semuanya Cymbidium tapi jenis yang tumbuh liar di kawasan tropika termasuk di negara kita. INama saintifiknya Cymbidium finlaysonianum, tumbuh menumpang pada pokok hutan, pokok getah atau buah-buahan dengan bantuan akar lekat dan akar udara.

Pokok orkid ni jenis sympodial dan mempunyai pseudobulb yang pendik dan ditutup oleh pelepah daun. Jika pokok subur daunnya boleh mencapai hingga semeter panjang. Orkid kelihatan seperti berumpun kerana anak-anak pokok keluar dari pokok ibu. Bunganya terdapat pada tangkai yang panjang berjuntai hingga ia digelar orkid lidah ular.

Satu tangkai bunga ada di antara 15-30 kuntum bunga yang berwarna kuning atau coklat dengan berukuran 6 sm.
Bunga yang mekar tahan sehingga 12 hari sebelum layu. Namun begitu orkid Cymbidium yang paling cantik dan besar bunganya ialah jenis kacukan yang ditanam di kawasan iklim sederhana sejuk dan tanah tinggi.

Pokok yang ada Cymbidium di depan Superstore tu letaknya di tepi tebing tinggi. Jadi untuk ambil gambar aku terpaksa berdiri di atas tebing dan jarak ke pokok lebih kurang 2 meter jauhnya. Sayang dengan kamera kecil aku tak dapat ambil gambar close-up bunga kerana aku kena imbangkan badan agar tidak tergolek ke dalam longkang.

2 comments:

piewahid said...

bila diabadikan dlm gambar, semuanya nampak cantik. kalau dpn mata, langsung tak mandang.
(maklumlah org kampung, celik je mata terus nampak mcm2 pokok)

bila dh tua2 ni lah baru nak hargai semula.

ctpayong said...

salam

ni jenis anggerik ke? sbb nampak cam dia idup di pokok lain aje.. cantik tak bunga dia & camner nak dapat.

ct baru dapat pokok tanduk rusa..besarrrrrr.

Post a Comment