Thursday, April 1, 2010

Kebun dan Sungai Mengalir

Ketika melalui kampong-kampong sunyi yang ada sungai di antara dusun, kebun getah serta kelapa sawit, K bertanya nak duduk di kampung? Sebenarnya aku masih impikan suasana indah di kampong sewaktu aku kanak-kanak walaupun kehidupan ketika itu agak susah.

Zaman tanpa eletrik dan hanya guna lampu pelita, tiada air paip dan mandi di telaga. Tiada kereta, komputer dan McD, tetapi hidup tetap berjalan dengan baik. Malam lepas isya sudah masuk ke dalam kelambu tanpa bersengkang mata tunggu tayangan larut malam di tv seperti sekarang ini.

Misalnya aku duduk di kampong semula selepas sekian lama menetap di bandar, bersediakah aku? Mungkin aku ok sebab sudah pernah hidup dalam suasana tersebut. Tapi bagi ahli keluarga yang lain mereka tidak bersedia dan tak akan tahan.

Balik kampong bermakna lawatan tiga empat hari, jengok atok nenek dan keluarga yang masih ada. Tetapi untuk tinggal lebih lama mereka mati kutu, tak tau apa nak buat..... nak belah kayu orang dah guna dapur gas, nak petik pucuk paku lebih senang ambil kubis dalam peti ais. Sedarlah aku bahawa kampong sekarang tak seperti kampong dulu-dulu...

Walau apapun aku percaya ramai yang mengimpikan dan menginginkan kebun-kebun yang mengalir di bawahnya sungai-sungai...

0 comments:

Post a Comment