Wednesday, April 21, 2010

Vanda: Bila Nak Sedekah?

Orkid VandaOrkid Vanda

Orkid dari nursery di tempatku. Gambar atas: Orkid Vanda yang ditanam berderet di tepi pagar nursery tersebut.

Gambar bawah: Close-up bunga. Sebenarnya jarang orang nak bagi anak orkid saja-saja kecuali kepada kaki orkid juga. Iyelah, bukan macam pokok bunga kertas atau bunga raya, kalau orang minta terus suruh pilih dahan mana yang teringin. Cantas dan berikan.

Ada beberapa pokok orkidku yang aku dapat secara pertukaran. Aku tukar Gramtophyllum dengan Dendrobium nobile dari Ana, cattleya Lucky Strike dengan Dendrochillum dari aruah Abah. Dulu Abah sangat bangga dengan cattleya tersebut; maklumlah bunganya sampai dua kuntum setangkai, setiap satu sebesar piring alas cawan, berwarna purple dengan lip warna kuning.

Oleh kerana takut pokok orkidnya dicopet orang Abah ikat pasu dengan dawai kasar pada tiang pondok orkid.

0 comments:

Post a Comment