Monday, February 21, 2011

Punca Kehinaan Kita

1. Keupayaan orang-orang kafir untuk menguasai kita dan kehinaan kita di tangan mereka pada setiap keadaan adalah merupakan bentuk seksa dari Allah swt kepada kita kerana kita tidak tahu menghargai nikmat Islam yang Allah swt berikan kepada kita. (Abul A'la Al Maududi)

2. Orang berakal terdiri dari tiga golongan iaitu orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, orang yang membuat kuburnya sebelum dia memasukinya dan orang yang mencari keredhaan Khaliqnya (Tuhannya) sebelum ia bertemu denganNya. (Yahya bin Muaz)

3. Seorang yang percaya pada dirinya sendiri tidak akan berbohong dan tidak mungkin orang yang menjaga kehormatannya akan berkhianat. (M Al Siba'i)

0 comments:

Post a Comment