Tuesday, February 1, 2011

Pokok Kedondong

Daun pokok kedondong
Bunganya kecil
Masih putik

Ramai yang suka
Buah yang matang

Gambar dimabil di rumah Widad. Nama saintifik pokok kedondong ialah Spondias cythere dan berasal dari Asia Tenggara. Namun pokok ini telah tersebar luas hingga ke kepulauan Laut Selatan serta Amerika Tengah. Ia tumbuh dengan kadar cepat di tanah yang subur dan ada mencecah hingga 12-18 meter tinggi. Sekarang ini sudah ada pokok jenis dwarf yang sesuai ditanam di halaman atau dalam pasu besar.

Kebanyakan buah kedondong dimakan mentah dan dibuat campuran dalam rojak. Buahnya mempunyai aroma yang boleh memecah selera, rasa sedikit masam dan rangup jika dimakan muda. Buah yang tua pula bersabut terutama berhampiran biji tengahnya dan berasa manis. Ada orang menggelar buah kedondong sebagai buah amra, Malay apple atau Golden apple. Buah kedondong juga sedap dijadikan jeruk atau dikisar bersama sedikit asam boi untuk dijadikan jus minuman.

Dalam bidang perubatan kulit pokok kedondong digunakan untuk menghilangkan cirit birit. Daunnnya pula direbus dan air rebusan tadi diminum untuk menghilangkan batuk.

2 comments:

r-5 said...

wah info menarik dan berguna~ :)

Anonymous said...

salam sejahtera, semoga terus menulis

Post a Comment