Gambar diambil oleh Haq (taruh cop SF dengan izin). Syoknya Cameron Highlands! Tapi bila mengingat jalannya yang berliku dan semenjak ada kemalangan yang ngeri baru-baru ni hajat nak ke sana dipendam dulu. Tak kira naik ke sana ikut jalan Tapah atau Simpang Pulai, dalam perjalanan hati berdetik dan berbsik.......cepat le sampai ke atas, dan apabila turun berdoa supaya cepat dan selamat sampai ke rumah.
Teringat ketika ke CH naik bas dua tahun lepas. Bas kami tu sedikit uzur dan bila memanjat bukit terpaksa begerak dengan sopan santunnya. Sampai di satu selekoh tiba-tiba sebuah teksi merah yang hilang kawalan meluncur ke bawah dan melanggar bahagian hadapan bas kami. Betul-betul macam movie, slow motion.....Apalagi kami yang berada di seat hadapan menjerit terkejut. Teksi tersebut terbabas dan terpusing beberapa kali lalu tersangut di atas palang besi di tepi jalan.
Semua kami keluar dari bas dan melihat pemandu teksi yang sudah tercegat di luar teksinya. Nasib baik tak ada yang cedera cuma teksi dan bas rosak bahagian hadapan. Semasa orang sibuk tengok keenderaan aku melangkah parit melihat orkid pinang dan Arundina bambusifolia yang tumbuh liar di tebing dan bahu jalan. Belum sempat aku meletakkan tangan mereka menegur; ......jangan ambik....jangan ambik......mesti ada tuannya tu. Jadi aku tak ambil sebab kena minta izin dulu.

1 comments:
hi, saya merupakan salah satu penggemar orkid catasetum. saya berminat terhadap ctsm black knight and juga ctsm jumbo pearl anda. kalau berminat kita bole bertukar back bulb catasetum. senarai catasetum koleksi saya bole dijumpai di url berikut
http://catasetum-ian.blogspot.com/2010_07_01_archive.html
sila tinggalkan pesanan sekiranya anda berminat.- backbulb catasetum bole di tukar melalui hantaran pos, cepat and menjimatkan)
Post a Comment