Gambar rumah tuanpunya blog. Aduhai.... sekarang ni keliling rumah sudah dibiarkan sepi. Tak ada lagi aktiviti mencantas pokok, mencabut rumput atau menyapu daun kering kerana aku dah lebih suka dalam rumah. Duduk senyap-senyap menyulam. Sudah banyak benda aku tinggalkan. Dah masuk lima helai telekung siap ku sulam ditepinya. Mungkin ada orang kata buang masa sebab telekung bersulam banyak dijual. Nak jual telekung? Mungkin kumpul sampai sepuluh helai. Kata Cik Minah kalau susah sangat nak buka mulut beritahu harganya elok cellotape mulut atau pakai topeng dan gantung tanda harga. Hati berdetik dan berbisik.......mesti ingat nak letak jenama SF...........
Sayang juga rumah yang baru dicat tidak diambil gambarnya. Kak Ani kata kenapa rumah awak dicat baru tapi nampak macam dulu juga? Ye le...dulu putih dengan jenang tingkap warna maroon. Sangat kontras dengan warna rumahnya yang berdinding purple, hijau dan kelabu. Batu pagar warna purple kuat dan hijau lumut. Tentang rumah kami, rupanya Izz yang memerhati berkata rumah dan pagar kita nampak delicious. Apa tidaknya, pilihan warna semuanya bertemakan makanan dan minuman. Dinding warna karamel-cream, tingkap warna limau mandarin, gate warna butter scotch dan coffee latte. Pada aku inilah yang paling lawa. Teringat jiran mak di kampung yang mengecat rumah dengan warna merah dan kuning sampai orang kata macam Court Mammoth.
Dulu pernah aku impikan sebuah rumah dari batu bata bakar tanpa dicat. Ala-ala rumah Graham di suburb Melbourne, siap dengan pokok nectarine dan camelia. Kemudian berangan pula nak ada rumah kayu yang comel dalam dusun buah-buahan di tepi sungai. Tapi yang nyata ada rumah walaupun a crooked house lebih baik dari sebuah istana pasir dalam khayalan. Oh ye....kalau jumpa rumah seperti di atas tu jemputlah singgah......

0 comments:
Post a Comment