Tidak dapat dinafikan bahawa melepaskan kesenangan dunia adalah satu perkara yang amat payah bagi manusia. Ini kerana jiwa, hawa nafsu, tabiat, syaitan dan kawan-kawan akan terus mengajaknya untuk menikmati dunia. Di dalam Al Quran Allah swt banyak memperingatkan manusia tentang musuhya yang nyata dan berbahaya iaitu syaitan.
Hajat syaitan dinyatakan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud, "Iblis menjawab, 'Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83). Namun jika manusia menjauhi tipu daya dunia dengan cara yang baik dan sabar nescaya akan datang pertolongan Allah swt. Segala kesukaran akan bertukar menjadi kemudahan dan penderitaan menjadi nikmat.
Sesungguhnya Allah swt sahaja yang patut disyukuri kerana hanya dari Dia segala kenikamatan itu berasal. Barangsiapa yang datang memohon dan kembali kepada Allah swt dengan rasa cemas dan harap maka dia akan menerima rahmat dan kebahagiaan dariNya.
Allah swt berfirman dengan maksud, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga." (Ar Rahman: 46). Begitu juga ketika dia meninggalkan kejahatan dan beramal soleh maka kekuatan dirinya akan bertambah dan musuhnya akan menjadi lemah.

0 comments:
Post a Comment