Monday, February 21, 2011

Beginilah Begonia

Daun hijau lembut
Kelopak selapis
Bunga, close up
Kelopak bersusun
Bunga, close up

Gambar diambil di nursery bunga. Ramai orang suka begonia atau asam batu kerana bentuk dan warna daunnya yang menarik. Di kampung dulu pun nenek moyang ada menanam sepasu dua di tepi tangga. Pokoknya mudah tumbuh dengan subur asalkan rajin menyiram setiap pagi dan tanahnya sesekali digemburkan atau ditambah tanah bakar. Biasanya di kampungku begonia yang ditanam ialah jenis yang daunnya berwarna kemerahan.

Ada juga asam batu jenis pokok, berdaun lebar namun tirus dihujungnya.
Namanya Begonia haageana atau Elephant's ear begonia. Orang kampung panggil begonia ini asam batu telinga gajah sempena bentuk daunnya. Ia mempunyai bunga kecil-kecil berwarna pink. Masa di kampung dulu aku dan Kak Yam suka bersembang di tangga beranda rumahnya sambil mengunyah bunga begonia. Rasanya sedikit masam dan crunchy. Rumahnya di sebelah rumah nenek dan Kak Yam ni kira atlet daerah kami, pelari pecut, lompat jauh dan lompat berpagar.

Sayangnya trailing begonia yang berbunga seperti di atas memang tak pernah dilihat di kampungku kerana ini jenis baru dari Cameron Highlands. Maklumlah di sana apa pun ditanam boleh tumbuh. Namun banyak tanaman bila dibawa ke bawah semakin hari semakin kurus. Itu sebabnya nursery bunga di tempatku semakin besar dan bertambah banyak. Bukan empat atau lima tapi lebih dari sepuluh. Hati berdetik dan berbisik...pandai betul mereka buat perangkap ...

0 comments:

Post a Comment