Thursday, April 2, 2015

Mohon Dan Pinta

Cymbidium
Phaleonopsis
  Brassocattleya
 Fuchsia
Purple flowers

Mohon Dan Pinta

Oh Tuhanku, ku datang padamu
Bersimpuh sujud menadah tangan
Daku mengharap belaian kasihMu
Mohon lindungan sepanjang jalan.

Seandainya Engkau kasihi daku

Tunjuki daku jalan lurus terhampar
Mohon penuhi dalam dadaku
Iman dan yakin diiring sabar.

Bila Engkau kasihkan hamba

Beriku suluh digelap malam
Jangan biarkan diriku hampa
Menambah padat pengisi alam.

Bila hidupku hanya ternyata

Tiada faedah sedikit jua
PadaMu Tuhan aku meminta
KeampunanMu kala bersua.
(Ahmad Baki, El Suraya)

Gambar atas di ambil semasa bawa Kha bercuti di Cameron Highlands. apa nak buat bila dah kat atas sana? Dah minum teh, beli sayur dan strawberries serta jem......tengok nursery bunga. Ada juga orkid tapi yang tercantik ialah Cymbidium. Dah cuba tanam tapi bunga tak mahu kembang. Khabarnay di Ipoh tak cukup sejuk. Nampak bunga fuchsia yang petalnya berlapis. Warnanya  purple kemerahan,  memang warna istimewa yang dinamakan fuchsia.

Aku mula dikenalkan pada bunga ini oleh Mr Graham Murray, katanya ini bunga yang paling diminatinya. Oleh kerana warnanya yang unik ada dye dalam larutan yang berwarna seperti ini digunakan dalam tindak balas kimia untuk mengesan kulat, parasit, lemak, kabohidrat pada tisu haiwan dan manusia. Amazing.

Gambar bawah diambil di nursery bunga juga. Puas cari nama pokok ni tapi belum jumpa lagi. Bunganya kecil berbentuk trumpet, berwarna purple kuat dan daun yang hujau kehitaman. Rasanya datang dari tanah tinggi juga. Banyak dijual di nursery kerana orang tertarik dengan bunganya yang lebat.

Ada orang kata ini pokok bunga lavender sebab warnanya purple, tapi aku rasa bukan kerana lavender berbau wangi dan bentuk bunga lain sedikit. Tetapi ternyata ia bukan corydalis atau baptisia. Apapun semua pokok kat CH ni aku suka. Hati berdetik dan berbisik......kalau aku duduk diCH aku akan tanam Cymbidium sepenuh hati.

0 comments:

Post a Comment